Wednesday 11 April 2012

BBQ at Tanjung Asam

sempena cuti umum hari ni, bersempena pertabalan Agong, so, semalam cik mira decided nak wat bbq.. last2 minute preparation.. advance kan, join je la, dah orang ajak, lagipon bukan nak buat pa sangat kat rumah, padahal hati meronta2 nak tengok/download drama korea, oh ya, saya dah habis download drama 'sunny girl/sunshine angel', cam dah lari topic lak ni.. hehe

janji pukul 2pm nak berkumpul kat sana, tapi besala janji melayu, pukul 3pm baru sampai sana lepas beli semua benda.. cik ina, adik kepada cik mira menjadi leader dalam mengipas, membakar ayam, hehe.. tengkiu atas usaha cik ina, kami ber-bbq seramai 6 orang, saya, cik mira, cik ina, cik pinas, cik atirah and cik munira.


keadaan sebelum membakar ayam


siapa ini? hehe


1st round ayam dibakar


snap pic by cik pinas eh cik sha.. :)



tengok dok sedap melantak tu, da call kata da gempa bumi/tsunami.. omo

apa lagi, terus berkemas, walaupon saya clueless, depa je yang kemas, saya tengok je, hehe.. dah ramai kan rajin, saya buat2 la xrajin.. eh

dalam pukul 5lbh, saya selamat sampai di rumah cik pinas, sembang2 sambil minum air oren float, (sedap!), saya makan lagi ayam bakar tu, ye la, mana cukup kan makan seketul je tadi, sedap lak tu.. hehe

tu je kot yang saya nak post hari ni.. semoga warga Acheh selamat semuanya, dengar cite, gempa bumi skala 8 ritcher lebih kat sana, syukur alhamdulillah amaran tsunami dah ditarik balik..

p/s: hope saya nak g langkawi sabtu ni berjalan dengan lancar, amin..




No comments:

Post a Comment